13
May

CatitAn Li 2

Khamis, 07 Mei 2009

10.38pm

Bismillahrrahmaanirrahiim…

Alhamdulillah, masuk hari ke-4 di tempat LI ni. Pada 2 hari pertama, daya di lab Quality Water. Tapi sejak semalam hingalah habis LI, daya akan terus stay di Lab Molecular Biology. Buat apa? Buat PCR (Polymerase Chain Reaction). PCR ni adalah satu eksperimen untuk amplify DNA (perbanyakkan @ replicate DNA). Dalam lab ni, apabila satu2 sample diterima (setakat ni dapat sample udang putih dan lug worm), kami akan amplify DNA sample 2 dan detect any DNA virus yang mungkin ada pada sample. Antara test yang dilakukan ialah WRSSV (White Spot Syndrome Virus), IHHNV (Infectious Hypodermal & Hematooietic Necrosis Virus) dan TSV (Taura Syndrome Virus).

Setiap satu sample mengambil masa dalam 2hari untuk dapat result. Untuk semalam dan harini, kami dapat 3 sample sekaligus. Terpaksa bertungkus lumus siapkan semampu boleh. Pagi tadi, bile check result untuk semalam punya, rupanya result kami tak jadi. Jadi, terpaksa buat semula electrophoresis untuk detect DNA virus if ada. Xpala, belajar dari kesilapan. Huhu..

Sepanjang minggu ni jugak, daya saling contact kawan2 yang sme2 berLI, bertanyakan apa kerja yang diorang buat. Wah..masing2 besh..ada yang buat tissue culture, ada yang check kualiti susu. InsyaAllah, pasni akan terus contact, nak cedok ckit ilmu even tak banyak.. di tempat LI daya ni, ada beberapa department. Ada lab molecular biologi, quality control, athemia, kesihatan ikan dan bioteknologi. Dalam lab yang daya buat skang, instrument dia sama macam di lab kat UTM. Tapi buat PCR disini secara manual, kejap kena isi reagent ni, kejap kena incubate, penat dan leceh ckit. Tapi nak buat macam mana, buat jak laa..hee,, Ada mesin automatic, tapi tak blaja guna lagi

Disebabkan rumah sewa daya 2km dari pekan dan hanya dekat dengan tempat LI, jadi susah ckit nak kuar beli barang. Surau pun tak jumpa g setakat ni kat mana. Jadi dengar azan melakui tv semata2. Alhamdulillah rumah sewa ni fully-furnished, sume ada; mesin basuh, tv, meja makan, katil, dapur, bla..bla..semakin malas la nampaknya. Baju masuk mesin jak. Apa nak buat, masuk kerja sebelum pukul 8, abes selepas pukul 5. Waktu malam yang ada 2 la untuk berehat, cuti pun tak tentu hujung minggu @ x. Kalau ada sample, kena buat pcr. Tyme xda, baru dapat rest kejap. Tapi waktu yang ada t kena lari p mana2 lab, untuk kutip ilmu..

13
May

cAtITan LI

Bismillahirrahmanirrahim….

4 Mei 2009, 850pm

Alhamdulillah3x…harini, 4 Mei ’09 daya start menjalani latihan industri (LI). LI sampai 10 Julai t. Semua kawan2 se-batch telah bertebaran di semenanjung Malaysia tuk menjalani LI..he, seb baik dapat dekat. Tapi still jauh ckit dari rumah..Pagi tadi bertolak dari UTM jam 10 pagi. Hujan..alhamdulillah selamat jugak sampai ke tempat LI ni setelah berkali2 abah patah balik jalan..menuju jalan yang benar.hehe

Di sini, kami ber-6 (kawan 1 kos) dari UTM..daya sampai jam 11 lebih. Terus punch kad..ish3x.. masuk kerja dah tengahari. 1st day dah datang lambat. Hehe, xpa, besanya 1st day tak buat apa2. Tapi rupanya tidak..pukul 230pm kami terus masuk lab Quality Water, buat ujian alkalinity dan BOD (uji kandungan oxygen dalam air kolam). Dari yang daya dah tahu, kolam2 udang dan ikan disini sentiasa dijaga kualiti airnya. 4 perkara penting kena titikberatkn ialah salinity (kemasinan), pH, temperature danBOD nya. Ikan pun kena jaga elok2..apatah lagi ikan2 dan udang2 disini baanyaak kuantitinya..hmm. macam besh.

Kawan-kawan lain ada dapat di SIRIM. MARDI, PREMIER MILK, SIME DARBY…gud luck lah untuk kalian semua. Semoga kita dapat ilmu yang sebanyak2 nya sepanjang LI ni..sem depan dah start PSM. Daya dapat tajuk tentang plant. Terfikir, LI ni dapat kat institute perikanan, ikan vs plant..hmm, I wonder camna nak kaitkan eh? Tapi aritu tanya PA (Penasihat Akademik) merangkap supervisor tuk PSM nanti, Dr. kata pergi je LI untuk raih pengalaman..mudah2an Allah mempermudahkan urusan di sini dan seterusya. Amiin…chiayuk daya! Alhamdulillah, sempat jugak ambil notes dari senior sebelum mereka tinggalkan bumi UTM. Boleh belek2 tyme LI ni..(yeke, boleh percaya ke daya?=p)

Berbalik pada aktiviti harini, daya dapat duk rumah sewa bersama2 8orang yang lain. Waa..ramai tuh satu rumah. Lepas punch out tadi, sampai je rumah sewa daya ngan sorang kawan ni pakat kemas rumah. Hee, kalau bersih n kemas, kan chomey ckit..housemate kami terdiri dari student Skill Tech dan UPM, ambil aquaculture dan veterinar. Kebetulan 1 bilik dengan senior UPM yang veterinar ni, banyak la daya tanya. Hebat gak dorang. Banyak kali praktikal tapi sekejap2. Kali ni 2 minggu dorang di sini, kaji ikan, sebelum ni p praktikal berkaitan kucing, lembu, kambing dan anjing..dan kena juga praktikal di tempat ba alif ba ya..hmm, sabun sama’ dah macam sabun tangan besa bagi dorang.

InsyaAllAh pasni daya update perjalanan LI disini, bukan semata2 nak cite apa daya buat, tapi nak berkongsi apa yang daya dapat. Sharing is caring, rite? Hmm..nak buat blog baru di blogspot..bile ni..

>>>>>>>>

16
Mar

kAsihMu iBU

”Ibu mithali ibu yang sejati

Kasih sayangmu kasih yang suci

Pengorbananmu disanjung tinggi

Jasamu tetap disanubari”

“Bip..bip..bip..bip..”. kedengaran handphone nya vibrate di dalam beg. Pandangan ditumpukan pada skrin telefon. Ah, panggilan dari rumah.. ”kenapa telefon di waktu pagi begini? Orang ada kelas la..”desis si hati. Dibiarkan sahaja handphonenya vibrate minta diangkat. Fikiran kembali difokuskan kepada pensyarah yang mengajar di hadapan. “aku ada cita2, kena fokus belajar, kena tumpu pada study, tak boleh ada gangguan di dalam kelas”.

Namun sekejap hatinya tersentap. Macam mana kalau panggilan itu penting? Macam mana jika itu pangggilan dari ibunya? Dia sudah belajar, wajib menjawab panggilan dari ibu. Islam sendiri menekankan kepentingan taat pada perintah ibu sebanyak 3x. kemudian, barulah taat pada ayah. Eisy, bukan kot. Ini mesti panggilan dari adiknya yang gemar mencuri2 telefon untuk bercakap dengannya. Adiknya memang begitu. Kadangkalamenghubunginya hanya untuk bertanya, “kakak sudah minum, kakak makan apa hari ini..?” soalan yang remeh, namun tetap dilayani adiknya itu.

“em, nantilah tengahari call balik rumah. Ada masa lagi ni..”. sekilas hatinya terdetik, bagaimana jika panggilan itu adalah panggilan terakhir dari ibunya? Memang ibunya tidak sihat, namun tidak pernah terlintas di hati akan ada sesuatu yang buruk menimpa ibunya. Ah..membayangkan wajah ibu kesayangan, benar2 menyebabkan dia terus tidak dapat fokus pada pelajaran yang disampaikan pensyarah di hadapan.

Habis sahaja kelas, anak ini berniat untuk menghubungi rumah semula. Namun, niatnya terabai apabila sekali lagi diri disibukkan mencari bahan untuk menyiapkan assignmentnya. “banyak keje ni, nak p library, jap g la telefon rumah..telefon sekarang takut tak sempat siapkan esaimen. Lagipun, kalau penting tujuan telefon tadi, mesti telefon ni akan berbunyi lagi. Mesti adik yang main tekan2 butang nombor telefon, nak contact aku”

Anak itu..hanya memikirkan diri dan dunia belajarnya. Hai anak, tanpa ibu, tiadalah kau di dunia ini. Tiadalah kau bergembira belajar di universiti, sedang ibumu bersusah payah membela, membesarkanmu. Sedang ibumu pernah tidak makan lantaran memikirkan dirimu, sedang ibumu menderita terlantar di hospital,dan tidak pernah menunjukkan rasa sakit di hadapanmu. Hai anak.. ibumu hanya seorang sahaja di dunia ini. Dialah ibu pertama dan terakhir. Dunia dan akhirat. Di saat kau tenggelam mencipta nama, meningkatkan potensi diri,menggapai kecermerlangan, ibumu semakin dimamah usia. Sihatkah ibu, sudah makan kah dia, sudahkah dia mendoakan kejayaanmu? Sudahkah dia mengampunkan dosa-dosa mu?

Lantas rasa bersalah memuncak dalam diri anak itu, segera ditekan nombor telefon rumah. “tutt..tutt..tutt..tutt..”. ah ibu, dimana kau, angkatlah telefon ini ibu. Hatinya bagai dicucuk-cucuk rasa berdosa mengabaikan hati dan perasaan ibunya. Air mata seakan-akan meronta-ronta minta keluar dari mata bundar miliknya.

“Assalamualaikum..”. terdengar di hujung talian, panggilan di jawab. Satu suara lembut kedengaran. Suara ini..suara penghilang sakit,pengubat rindu, penenang bagi dirinya .“ibu..!ibu ke tu?”. Tanya si anak tanpa sempat menjawab salam ibunya.”iya, ibu ni. Ada apa nak?”. Ah ibu ini, sentiasa tenang, sentiasa lembut padanya. langsung tidak pernah menunjukkan marah atau mempamerkan rasa kecewa. “ibu, minta maaf bu, tak jawab telefon tadi. Ibu sihat? Ibu dah makan? Adik kat mana?”. Dengan gembira, ibunya melayani panggilan dari anaknya..dan anak itu tenggelam dalam keasyikan bermesra bicara bersama ibunya. “ibu, kaulah ratu hatiku..”

p/s: dunia kadangkala menipu kita.. masa yang ada seakan tidak cukup untuk kita sendiri, sehinggakan tiada masa untuk kita bertanyakan perkhabaran keluarga. Anak, ingatlah kebahagiaan bersama keluarga adalah lebih utama berbanding kebahagiaan diri. Keredhaan ibu lebih utama..penentu keberkatan dalam hidupmu..panggilan dari ibu, mungkin panggilan terakhir darinya. Anak, utamakan ibumu, penuhi segala permintaanya..puaskan hatinya selagi engkau mampu, yang membawamu menjadi anak yang soleh/solehah..

04
Feb

..::Nur Hidayah::..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang….

Malam tadi, daya ziarah ke bilik seorang sahabat usrah..kebetulan, di offer melihat satu klip video di you tube. Harapnya apa yang daya lihat tak sama dengan yang berlaku. Maklumlah..di you tube, siapa2 boleh masukkan apa2 video untuk macam2 tujuan. Video yang daya tengok semalam menunjukkan ada seorang yang telah dikenali dalam medan dakwah..tapi menyertai satu program reality tv yang lagha, dan individu tersebut sama sekali berbeza dengan dirinya yang dikenali umum sebelum ini. mungkin salah orang kot..wallahua’lam..

Daya tak nak ulas tentang individu tersebut. cumanya..bila kita fikir balik, hidayah ALLAH adalah satu nikmat..untuk orang yang special di pandanganNya. ALLAH berhak menganugerahkan Nur hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendaki..bila kita rasa tenang dengan apa yang kita buat, dan kita rasa dekat dengan ALLAH..maka hargai lah kenikmatannya..jangan sesekali terfikir untuk berpatah balik..ingatlah, ramaisahabat2 yang akan menyokong kita..ALLAH bersama kita. ALLAH penolong kita..

”ya ALLAH..janganlah dikau memalingkan hati-hati kamisesudah dikau berikan petunjuk pada kami..ya ALLAH..kurniakan kami rahmatMu. Sesunggguhnya dikaulah sahaja yang Maha Memberi Kurnia..”

Terfikir jugak..orang yang selama ni gah dengan medium dan mesej dakwah yang dicanang-canangkan.. sama sekali boleh berubah. Di mana dan siapa yang silap?fikir2kan..

Sama2 kita mengingati akan firman ALLAH yang bermaksud: ”dan jiwa serta penyempurnaannya, maka ALLAH mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasiqan dan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwa dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorinya” (as-Syams:7-10)

I’m not anybody..daya just nak ingatkan pada sahabat2 (dan diri terutamanya..), bahawa hidup di dunia ini adalah ujian ALLAH. banyak nikmat2 dunia yang sememangnya dapat mengaburi kita dari matlamat asal kejadian kita: “dan tidak aku menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu” (al-Zaariyat:56). Kita dicipta untuk beribadah kepadanya..mana2 amal yang mendatangkan pahala, dengan niat kerana ALLAH dan mengikut syariat Islam..adalah ibadah. Jauhi sebarang amal yang lagha atau sia2..Kita pun dah berjanji pada ALLAH..tiap2 hari..5 kali atau lebih, dalam solat kita: “sesungguhnya solatku, ‘ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk ALLAH, Tuhan semesta alam..”. tunaikan janji kita ni..

Jadinya..bersyukurlah dengan nikmat yang kita ada dan berwaspadalah dengan apa yang kita katakan dan kita lakukan..semuanya akan ditanya oleh ALLAH..sesungguhnya ALLAH itu Maha Pemurah..tapi untuk individu yang merasai kemanisan hidayahNya pasti akan merasakan betapa mahalnya hidayah ALLAH padanya..ALLAH memberi..dan ALLAH mampu menarik semula nikmat tersebut..kita ada iman, kita ada Islam. inilah harta kita yang termahal..jaga elok2, gilap iman kita cantik2..rasai ‘izzah pada Islam..sahabat2, kita takkan selamanya di dunia..jadi selalulah kita sentiasa beristighfar, bertaubat akan dosa2 yang kita telah lakukan..kita tidak perfect, tapi ALLAH sangat suka akan hambaNya yang bertaubat dan berusaha memperbaiki amalannya..lakukan IT untuk tingkatkan IT..iaituistighfar+taubat untuk tingkatkan iman+taqwa..

Sebagaimana seorang mualaf yang baru memeluk Islam..mereka sangat2 menghargai hidayah yang ALLAH berikan. Mereka berusaha mendalami islam, bersyukur dan berbangga dengannya.Kita..yang sememangnya sudah lahir dalam keturunan islam, sepatutnya lebih2 lagi rasa ‘izzah dengan Islam..lebih2 lagi ingin melakukan semua perintah ALLAH dan jauhi laranganNya..benda yang kita sayang, pasti kita jaga, pelihara baik2 kan? Renung2kan..

“dan tetaplah memberi peringatan. Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang2 mukmin” (al-Zaariyat: 55)

30
Jan

I HATE ISRAEL!!REALLY HATE THEM

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah..sudah 2 hari duduk di rumah. Home sweet home..lepas ni takda lagi cuti lama macam ni: terikat dengan program dan amanah di kolej. Em, sentuh tentang tajuk post kali ni, setelah 22 hari (maaf kalau salah) si ‘laknatullah’ buas membedil tanah Gaza, genjatan senjata dipersetujui. Setelah lebih 1000 orang meninggal yang mana separuh darinya adalah orang awam..dan lebih 5000 yang lain cedera, baru nak gencatan senjata (dengarnya dah seminggu). Hisy..!!

Pandai2 buat, tanggung la sendiri. Jangan ingat si k***r tu akan terlepas. Mungkin di dunia ya, tapi tunggu lah di akhirat nanti. Tunggu..!!(emotional..emotional). baru je dengar berita di ikim pagi ni, (post ini di tulis pada 28/1) mengatakan Israel mencabuli perjanjian gencatan senjata apabila membunuh seorang rakyat Palestin..

Apa ni..cakap tak serupa bikin. Memang itulah sikap si laknatullah. (AMARAN: kepada semua muslim, jauhilah diri dari sikap munafik: Ingkar apabila berjanji, khianat apabila diberi amanah, berbohong apabila bercakap, dan ingin sentiasa menang apabila berbalah)

Balik rumah, satu aim daya: sedarkan family tentang isu Gaza. Semalam tengok tv9, ada iklan yang mana memaparkan penderitaan rakyat Gaza diiringi lagu yang menyedihkan. Kebetulan, adik: anis dan farah tengok sama. Daya tanya anis (8tahun)

“kat mana ni, anis?”

“kat Gaza..”

“Gaza kat mana?”

“kat Palestin..”

“apa jadi kat sana?” (macam temuramah pula..)

“ala..Israel tu, dia bom-bom kat sana. Jahat kan dorang kak”

Masuk la peranan daya: “Tu la, kesian kat kawan2 anis kat sana. Tak dapat sekolah macam biasa, takda mak, takda abah, nak makan sedap2 tak boleh. Kecik2 da ada yang meninggal.” Daya tengok farah: “farah, dapat pakai baju lain2 tiap2 hari. Kawan kat sana, kesian takda baju agaknya.bla..bla..bla..(ada peringatanlain diselaraskan dengan tahap penerimaan kanak2). Daya sambung: Jadi..kite kena apa..??”

Cepat anis jawab:”bersyuukuurr..”

Alhamdulillah..syukur adik yang kecil ni pun sedar akan isu Gaza. Jadi, kita yang lebih dewasa ni, selebih-lebihnya lah perlu tahu. Daya tak rasa ia menjejaskan pelajaran, menjarakkan hubungan dengan kawan2 kalau sibuk2 ambil tahu. Ia kewajipan kita untuk tahu masalah sesama Islam. Malah, ia merapatkan ukhuwah dan membina kesatuan antara kita semua. Kita setuju untuk menentang dan membenci Israel. Alhamdulillah..kawan2 sekeliling concern akan isu ni. Ia satu nikmat..bilamana kita sama2 berkongsi pendapat tentang penderitaan saudara di Gaza (..sharing is caring..).Ada juga kutuk-mengutuk, umpat-mengumpat, keji-mengeji ,hina-menghina (dilarang menggunakan perkataan+perbuatan ini untuk tujuan yang selain mengecam Israel atau tujuan menambahkan dosa sendiri). Tapi..cakap2 ja tak boleh jugak. Apa yang penting..??kerjasama! betul3x.. Kerjasama antara semua umat Islam dalam menjatuhkan si j*****m Israel.

Antaranya: BOIKOT BARANGAN KELUARAN ISRAEL. Ada kawan yang tanya: “perlu ke boikot2 ni? Boikot separuh2 boleh? Kalau boikot sekarang, bila nak tau kesannya pada Israel?” ha, baca setiapperkataan di bawah ni (berita ni dah lama, tapi mungkin ada antara sahabat yang terlepas pandang+terlupa (terutamanya diri ni), jadi nak ingatkan balik):

JOHOR BAHRU 11 Jan. - Umat Islam wajibmemboikot barangan Amerika Syarikat (AS) dan Yahudi sebagai usaha membantu perjuangan rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, tindakan itu juga merangkumi usaha mengelakkan diri daripada melancong atau melabur di negara tersebut.

“Hukum memboikot barang AS kini jatuh wajib dan jika ada sesiapa yang tidak mahu memboikot maka hukum menyokong AS dan Israel ialah lawan bagi wajib iaitu haram,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menegaskan, hukum wajib itu tepat kerana adalah jelas AS dan Israel kini terus degil, sombong, takbur, bongkak, tidak berperikemanusiaan, musuh agama dan membunuh manusia tidak berdosa termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua di Gaza.

“Usaha ini juga perlu berterusan dan jangan hangat-hangat tahi ayam,” katanya.

Jadi..apa pendapat+tindakan kita sekarang?buat..buat..jangan tak buat. Isu ni tak kan habis selagi masih ada rakyat Palestin yang menderita. Anda peduli??daya peduli..!~ jom! boikot 3 produk utama yang berkepentingan yahudi: COLGATE+COCA COLA+STARBUCKS

p/s: jengkel dengan orang yang selalu memuji AS. We’re muslims! Kalau bukan kita bangga dengan umat sendiri, siapa lagi? Keburukan umat islam berpunca dari kita sendiri..muraqabah+muhasabah selalu..

28
Jan

TipS kEsiHatan: hiNdarI E*g*0*I*s

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Sombong, bongkak, berlagak, tinggi diri, pentingkan diri, perasan bagus..semua perkataan ini adalah adik-beradik egois. Maaf kerana membawa tajuk ‘negatif’..

Peringatan ini adalah untuk daya terutamanya..dan perkongsian kepada sahabat2 yang membaca. Ada seorang sahabat (bukan di sini,di sana,di situ apatah lagi disita. Anggaplah diri kita sendiri..). dia seorang yang bagus ilmunya. Bijak, berkarisma..di pandangan orang, dialah yang bagus. Tapi..sebaik-baik manusia seperti kita, dia tidak pernah sempurna. Ada kelemahan pada individu ini yang tidak disedarinya iaitu seorang yang: egois

Macam mana kita nak kenal sikap seorang egois? Ni pendapat peribadi daya..

1)individu ini suka memotong cakap orang lain apabila sesuatu pendapat diutarakan. Tak elok..tak baik gitu..dengar dulu apa orang nak cakap, biarpun bagi kita ia remeh, tapi mungkin atau sememangnya penting bagi yang mengutarakan pendapat tu.

2) tidak memandang@tidak mengendahkan kata2 individu lain. Oleh kerana merasakan dirinya lebih baik dari yang bercakap, dia pun buat ‘don’t know’ ja. Pandangan orang ditolak mentah2. Selalu nak orang lain ikut kata dia. Astaghfirullah.. ya ALLAH..hindari aku dari bersikap sombong di dunia ciptaanMu ini..

3)’eyes contact’ dan ‘body language’ turut mempengaruhi sikap si egois ni. Gaya berjalan berlebihan (sengaja nak tarik perhatian orang), selalu menunjukkan body respons yang selalu menunjukkan ketidaksetujuan kepada orang lain,dan memek muka seorang ego (cane eh..rasanya sahabat2semua faham =)

Tiba-tiba bawa tajuk ni..kenapa daya? Pertamanya dan terpenting sekali untuk memperingatkan pada diri sendiri, bahawa kita hidup bukan selamanya.Sampai waktu ALLAH akan jemput jua. Jadi..perbanyakkan rasa bersyukur padaNya dan elaklah dari bersikap angkuh pada orang lain..

Keduanya, peringatan untuk diri sendiri juga, yang akan terlibat dengan program (kelab dan fakulti), bahawa kita bekerja dan beraktiviti dalam satu keluarga, kerana apa? Kalau kerana nak nama (relate dengan egois) (dunia..dunia..), itulah yang kita dapat. Kalau untuk bekalan akhirat, itulah juga yang akan kita dapat. Jadi seelok-eloknya fikir habis2 program yang kita akan akukan benar2 ke mendatangkan manfaat dan pahala pada kita dan orang lain? Atau penat semata2? Takut2 mengeluh ja semasa berprogram..

Memang perlu ada ketua dan organisasi. Tapi, sahabat2 lain dalam barisan pelaksanajuga berhak ‘ditanyakan’ pendapat mereka. Sometimes, diam tanda setuju. Tapi diam kadangkala tanda protes juga. Dan ‘diam’ bole jadi ciri seorang egois. Mungkin..?Jadi.. kita semua pandailah menjaga hati semua orang. Selalu nak jaga hati sendiri..tak boleh juga,daya.

Mari teliti lirik di bawah =)
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Katamu apa yang kau impikan
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman
Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan

Bibirmu ketandusan senyuman
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan
Kau terlupa apa yang kau ada
Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia

Bicara hatimu tentang sepi
Sengaja tak pernah kau akui
Bagaikan sang merak
Yang indah bulunya
Namun tidak mampu
Terbang ke angkasa

Andai dibiar keegoan
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan
Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu

Bukan ku sengaja
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan
Curahkan pada insan yang memerlukan

“ya ALLAH, aku berlindung pada kalimatMu yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan”

Sama2 kita bermuhasabah diri. Wallahu’alam..

10
Jan

KEJAM!KEJAM!KEJAM!

13 MUHARAM 1430Hijrah

Bismillaahirrahmaanirrahiim…

”sesungguhnya orang2 yang kufur ingkar akan ayat2 keterangan ALLAH dan membunuh nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang2 yang menyeru manusia supaya berlaku adil, maka sampaikanlah berita menggembirakan mereka dengan AZAB SIKSAAN yang tidak terperi sakitnya” (al-Imran:21)

Pastinya umum sudah mengetahui isu paling hangat di dunia kini. Saudara kita di Genting Gaza sedang sangat2 menderita dek perbuatan KEJI Israel, sebuah negara kuasa nuklear haram. Pastinya juga kini kesedihan berleluasa di mana2. Kita hanya mampu mendengar, menatap dan memerhati dari jauh.. Membaca petikan akhbar utusan Malaysia pada 7/01/09:

“penduduk palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat serangan Israel”

“semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak”

“seorang pegawai PBB menjalankan pemerhatian tiada sebuah rumah atau tempat perlindungan PBB selamat bagi hampir 1.5 juta penduduk Gaza”

Ada juga terpampang gambar pemuda2 Palestin membaling batu ke arah tentera Israel sewaktu tunjuk perasaan di Hebron, Tebing Barat. Aduhai saudaraku..betapa dapat dirasakan, penderitaan yang mencengkam tidak melemahkan keimanan dan semangat jihad menuntut keadilan, mempertahankan maruah agama dan negara..

Tak cukup dengan itu, sebuah sekolah kendalian PBB turut dibedil, dibom zionis menyebabkan 48 terbunuh. Sehingga hari ini (10/01/09), mengikut akhbar berita harian:

“rejim Zionis itu terus menggempur Gaza dengan angka kematian warga Palestin kini mencecah 783 orang dan lebih 3,000 lagi cedera. Sekurang-kurangnya 50 sasaran di Gaza termasuk tempat pelancar roket dan kemudahan membuat bom pejuang Hamas, dibedil oleh tentera Israel dalam operasi pada hari ke-14 semalam”

Ini satu kekejaman! Benar2 tak berperikemanusiaan..!tak sanggup, tak tahan nak baca akhbar, gambar memaparkan rakyat yang tercedera, berlumuran darah sangat menakutkan, menyanyat dan menyentap hati..

Namun syukur dipanjatkan apabila banyak pihak (daya yakin semua pihak) menentang perbuatan zalim ini. Banyak tabung /dana bantuan ditubuhkan untuk menyalurkan bantuan dari segi ubat-ubatan dan makanan:

“bekalan ubat-ubatan sebanyak 50 tan (rm349,790) telah diberikan kepada pihak berkuasa Palestin oleh Mercy Malaysia”

”NGO lancar kempen boikot penduduk Israel. Antaranya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIPM), Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Gabungan Pelajar2 Melayu Semenanjung (GPMS) dan ABIM”

“sidang parlimen khas mengenai Palestin isnin ini: mengutuk serangan ke atas Gaza”

“Venezuela mengusir duta Israel ke negara ini sebagai protes terhadap serangan rejim ionis ke atas Gaza”

Kita semua WAJIB mengambil tahu, ambil peduli dan membantu saudara kita di Gaza. Where there’s a will, there’s a way. Perkara yang paling mudah, semua orang, tak kira berharta atau tidak, dekat atau jauh, boleh buat: DOA, DANA, BOIKOT BARANGAN ISRAEL.

Sesungguhnya doa itu senjata paling tajam untuk seorang muslim. Yakinlah..berdoalah penuh mengharap, merintih, merayu, memohon pada ALLAH yang Maha Kuasa..mudah2an ALLAH memelihara kesejahteraan saudara kita di Gaza dan mencantas semua perlakuan zalim yang berlaku.

DANA: banyak tabung2 dan akaun bantuan dibuka khusus untuk membantu rakyat Gaza. Lima puluh ringgit bagi kita mungkin jumlah yang tak banyak, tapi bagi saudara kita di Gaza, rm50 ibarat segala2nya bagi menjamin kelangsungan hidup mereka: makanan dan perubatan

BOIKOT..BOIKOT..diulangi: BOIKOT  BARANGAN ISRAEL! Jika selama ni kita sering makan, pakai dan guna barang2@produk terpilih yahudi, maka berhentilah. Buang jauh2 niat nak membeli..fikirkan, wang yang kita bayar untuk membeli barangan Israel akan digunakan untuk membeli peluru, membedil nyawa2 yang tak bersalah di Palestin..sanggupkah kita? melihat anak2 kecil tak beribu, tak berayah. Tiada lagi “kebahagiaan, keriangan” dalam kamus hidup anak2 itu.

Apa beza  kita berbangga dengan McD, Kit Kat dan ColaCola yang kita beli dengan kebanggaan Israel laknatullah membunuh seorang rakyat palestin..??mungkin cara tak sama, tapi hakikatnya..antara kita sedar atau tidak, kita pun terlibat dalam kekejaman zionis di Palestin. Kita membantu Israel melaksanakan rancangan jahat lagi keji itu.

Apa barangan untuk diboikot..??bole refer pada: www.inminds.com/boycott-israel.html. daya cadangkan juga layari laman web: www.palestin-info.com, palestinkini.com atau mana2 portal akhbar yang banyak sebarkan info tentang rakyat di Gaza khususnya, dan Palestin umumnya

Lakukannya!kalau bukan kita,siapa?kalau bukan sekarang,bila?Tunjukkan keprihatinan kita, tunaikan kewajipan ini. Daya takut..di akhirat nanti, akan datang anak2, saudara2 di Palestin yang menuntut hak mereka pada kita..menuntut mengapa kita tidak sama2 membantu, memperjuangkan keadilan bagi mereka.

Ya ALLAH..aku hambaMu yang lemah. Moga2 hati dan iman ini kuat dalam beramal padaMu, ya ALLAH..

Doa untuk Gaza: (bacalah dengan hati, mudah2an ALLAH memakbulkan..)

Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami. Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendakNya) ?

Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu.

Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam.

Wahai Tuhan yang pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya, serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya.

Amiin..amiiin..amiin…ya ALLAH!

p/s: selain doa,dana dan boikot, titikberatkan juga kefahaman kita terhadap ISLAM TERCINTA dengan lebih mendalam..ini perkara paling asas dan PENTING. Kita akan lebih yakin kenapa kita perlu peduli akan isu Palestin dan umat islam yang lain. Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w: ”tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri”

27
Dec

iTulah MeLayU

1133pm, 27 Disember 2008 (29 Zulhijjah 1429H)

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Petang tadi menziarahi saudara abah (saudara daya jugak =) yang baru 44 hari melahirkan sepasang kembar. Danish Amal dan Dania Amalina..alhamdulillah,mudah2an nama yang baik ni bakal membentuk sepasang lagi muslim yang mentaati ALLAH kelak..amiin..

Dalam perjalanan pulang, ternampak sepasang couple bertenggek (maaf, bahasa kasar) atas motor di tepi jalan area kampung saudara tu. Spontan mulut ni melontarkan:”apelah budak2 ni.. buat maksiat kat tepi jalan”. Rasa jengkel, disgusting. Tapi abah tegur: “tak baik gitu. Diorang kan adik-beradik kita juga”.

“ha..?bukanlah. ntah budak mana..”daya membalas. “diorang adik-beradik islam kita jugak”. Abah menyambung ayat. Terdiam aku. “Astaghfirullah..”.betul kata abah. Kalau kita bencikan sesuatu perkara yang saudara islam kita buat, usah lah terus dibenci. There must be something pada diorang yang kurang atau ada kekurangan pada kita yang menyebabkan diorang tanpa segan silu buat macam tu.

Sabda Rasulullah s.a.w: “janganlah kalian saling memutuskan hubungan dan jangan pula jauh menjauhi, jangan benci-membenci, dan jangan dengki-mendengki, dan jadilah kalian semua hamba-hamba ALLAH yang bersaudara” (HR. Muslim)

Pernah, daya terdengar seorang sahabat berkata:”aku tau couple ni haram, berdosa..tapi macam mana nak elak. Benda dah suka”. emm..memang. orang kata, bercinta ni best. Semuanya indah. Tapi daya nak ingatkan pada diri (terutamanya) dan siapa sahaja yang baca post ni ingatlah pada firman ALLAH:

“dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya” (alBaqarah:42)

Bak kata Nabil (raja lawak): “fikirlah sendiri..(versi sopan). ALLAH anugerahkan kita akal. Kita mahasiswa muslim yang mengaku berintelektual dan berintegriti. Jadi gunakan akal dengan rational, bijak dan mengikut syariat islam. Yang salah tetap salah. Rasa best tu sekejap je. Kalau berpanjangan jodohnya, Alhamdulillah. Tapi kalau sangkut tengah jalan, ruginya kita. Zaman muda kita dah isikan dengan perkara yang sangat sia-sia.

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahalitu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (alBaqarah:216)

Bila ingatkan balik couple tadi yang sememangnya muslim dan melayu, teringat kata-kata abah beberapa hari yang lepas. Dia merungut terpaksa beli topup handphone di kedai cha ya (cha ya nun alif). “Macam mana melayu nak maju. Buka kedai pkul 9. Kita yang nak pergi kerja awal, nak beli barang cepat tapi dia tak buka kedai lagi. Cha ya buka kedai pun lagi awal”. Daya dengar je. Tanda mengiyakan. Daya yakin tak semua pekedai melayu macam tu. Tapi “kerana nila setitik,rosak susu sebelanga”. Kerana seorang melayu (yang juga muslim) buat perkara tak elok, kita yang tak buat pun terpalit keburukannya..

Banyak dah dengar sikap sinonim yang dilabelkan pada orang melayu muslim kita: mungkir janji, malas, mundur, minat hiburan. Nak menidakkan, tapi ada kebenarannya. Tak perlu tuding jari tunjuk pada siapa kesalahan nak diletakkan, tepuk dada, tanya iman masing2.

Bertepatan sangatlah dengan kita yang nak menyambut tahun baru hijrah yang ke 1430 esok. Mudah2an dengan kedatangan tahun baru ni, kita pun bangkit dengan semangat dan azam baru (xsemestinya baru setiap tahun, yang penting sentiasa perbaiki diri). “strive for the best! ,strive for mardhatillah!”. Berusaha menjadi muslim yang lebih baik dari sebelum ni, insyaALLAH..

p/s: baru tengok cerekarama “tak sama tapi serupa”. Mula2 tak tertarik, tapi lepas tu lekat pula depan tv. Bukan kerana pelakonnya. Tapi kerana mesej yangdisampaikan. Perbandingan keluarga pelaku yang jahil tapi hidup bahagia dengan keluarga alim yang porak peranda dan suka menghukum orang tanpa asas. Akhirnya kedua-dua keluarga sedar kesilapan masing2.“Salam maal hijrah”. Moga ALLAH berkati dan rahmati kita semua: umat Islam terdahulu dan sekarang..=)

“ perintahkan kebaikan meskipun kamu tidak mengamalkannya dan larangkan kemungkaran walaupun kamu tidak menjauhi keseluruhannya”

11
Dec

DaRi se0rang sUksis

1215am,1429 Zulhijjah 1429H

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Malam ni bermalam di bilik coursemate. Bersama seorang gadis suksis. Obses dengan suksisnya.. tapi tak bercita-cita menjadi seorang polis. Pelik, tapi benar.hmm..

Teringat, waktu sekolah, abah lah yang sibuk suruh kami adik-beradik join aktiviti beruniform. Abah aktif pengakap. Sekarang pun still join program pengakap untuk budak-budak sekolah. Ada peringkat sekolah n daerah jugak.Cikgu katakan..

Waktu sekolah menengah aku masuk PBSMM. Dari form 1 sampai form 5. Tiap2 tahun masuk pertandingan kawad kaki. Ada peringkat sekolah, daerah, tapi tak pernah menang. Mesti kadet polis yang dapat no 1. Sedih..geram,tapi kami puas. Seronok sebenarnya join aktiviti beruniform. Hubungan yang erat kami bina antara senior dan junior. Dapat kenal dan tengok juga macam mana sekolah lain punya kawad dan formasi.

Waktu mula2 menjejakkan kaki ke utm, abah pesan: ”masuklah mana-mana aktiviti uniform kat sana. Pbsm xda ke?’. aku cakap tak ada. Yang ada hanya suksis dan palapes. Waktu tu penyertaan masuk palapes dah ditutup. Jadi peluang yang ada mohon masuk..suksis!

Pada hari last ujian awal nak mohon masuk suksis, aku ajak seorang coursemate ke kor suksis utm. First time naik bas waktu tu nak ke sana. Tergagau-gagau juga nak mencari kat mana tempatnya. Sampai di pejabat, aku kena pass test tinggi dan berat. Berat..lepas. ngam2. Tinggi..??alamak..1cm je lagi nak lepas.

Aku cakap pada pegawai situ.”1 cm tak cukup pun tak bole ke? Kawan saya dia masuk palapes, lagi rendah dari saya, boleh pula”. pegawai tu cakap:”kalau berat, awak boleh adjust, tapi tinggi..dah takat tu je la. Saya nampak kesungguhan awak nak masuk suksis, tapi minta maaf sebab awak tak lepas ujian pertama ni”

Sedihnya..coursemate yang menemani aku pun buat test juga. Dia lepas dua-dua test. Tapi tak berminat. Setelah 3 sem kat utm ni, aku sedar dan yakin. ALLAH tak meletakkan aku berada dalam suksis kerana Dia mahu aku berada dalam satu wadah yang memerlukan aku berkorban..dari banyak sudut. Ya ALLAH.. jika ini takdirMu, aku redha. Biarlah aku sibuk kerana agama ALLAH.. Tahniah buat kawan2 yang dapat join suksis@palapes@jpa. Selain kuat study, kena kuat fizikal jugak. Muslim yang kuat dan berkeupayaan lebih baik dari muslim yang lemah..kan?

Malam ni juga aku dapat merasa 3 pakaian suksis. Baju kawad, baju medan dan t-shirtnya sekali. Tak lupa 2 pasang kasut. Kasut kawad dan kasut pejabat. Bergambar dengan pakaian suksis. Cukuplah tak dapat join suksis, dapat merasa pakaiannya..tak dapat training sama macam dalam suksis, dapat jogging selalu keliling utm dengan kawan suksis ni pun da syukur..badan cergas, otak cerdas! insyaALLAH..

Kesimpulannya..kita boleh mentadbir sesuatu perkara, tapi ALLAH lah yang menentukan takdirnya kerana “kita merancang, ALLAH juga merancang. Dan ALLAH lah sebaik-baik perancang”. Macam aku, beria-ia nak masuk suksis, tapi tak tercapai kerana bukan di situ takdirku..yakinlah setiap ketentuan ALLAH ada hikmahnya untuk kita =)

p/s: semester ni adalah semester kebahagiaan, peningkatan dan pembaharuan. Semester depan..?? berusaha dayah!! ada amanah menunggu, ada harapan menanti, ada hasil yang pasti. Semuanya dari ALLAH jua. ALLAH menilai kita pada proses dan usaha kita kerana hasil nya telah Dia tentukan. Ini lah istimewa dan syumulnya islam..kita mendapat ganjaran atas apa yang dilakukan jika betul pada niat dan tujuannya. Chiayuk2x..!!

11
Dec

Kasih seorang AYAH

Di perhentian bas itu, mata tuanya menyapa setiap insan yang melintasi..ada yang melemparkan senyum, tak kurang langsung tidak memandangnya..si tua itu diam. Dia memandang kosong di hadapan. Mulutnya terkumat-kamit, mengomel sendiri. Menunggu seseorang..datang kepadanya. Mencium kedua tangannya yang kasar, memeluknya dan memanggilnya ‘ayah’. Namun.. hakikatnya, insan yang ditunggu tidak ketahuan bila kehadirannya. “anakku..”, rintih si tua itu..

Mengimbau kenangan zaman mudanya..ketika baru bergelar ayah. Betapa hangat kasih sayang pada si anak, terasa hingga kini. Dia bangga dengan anaknya..”anakku pandai, dapat masuk universiti, dapat kerja bagus. Tapi, anakku..”. Terhenti si tua dari mengelamun.

Dari arah lain, sepasang mata memerhati kelakuan si tua itu. Dari susuk badansi tua, mata itu dapat merasakan banyak kudrat si tua telah dikeluarkan sepanjang zaman mudanya..”bongkok sudah pak cik ni..kesian, buat apa la dia kat sini, umur2 macam ni, bukan ke patut dihabiskan di masjid”. Mata itu milik seorang anak muda. Dia kenal si tua yang digelar pak cik itu dan tujuannya di perhentianini. Dia jiran sekampungnya. Sejak sekolah rendah hingga kini umurnya menjengah 16tahun..pak cik tua itu setia menunggu anaknya di situ. “kenapalah susah payah tunggu anak dia, bukannya nak balik pun. Macam kacang lupakan kulit. Kesian..”. Desis anak muda itu.

Sekilas, pandangan matanya berlaga dengan pandangan si tua itu. “gurlp..!”. terkedu si anak muda. “alamak, dia tengok aku..”. cepat2 pandangannya di arahkan ke tempat lain. Saat berpaling semula, kelibat si tua telah hilang.”aii, cepatnya hilang. Pegi mana pak cik tu…””alah, tak yah sibuk lah jaga tepi kain orang lain.” desis hatinya lagi..

5minit..10minit..anak muda itu berperang dengan perasaan sendiri. ”eisy, tak leh jadik ni. Nak tengok le pak cik tu pegi mana”. Sejurus, kakinya menapakmengatur langkah. Ke arah tempat asal si tua duduk. Dicari-cari kelibat si tua itu. “kiri takde..kanan takde..,pegi mana dia?”. Digaru-garu kepala yang tak gatal. “ada apa, nak..?” tiba-tiba satu suara menyergahnya dari arah belakang. ”omak!!”. anak muda itu hampir melompat. “astaghfirullah..terkejut aku”. Ngomelnya sendiri..”err, tak de pape. Saje lalu sini..” dalihnya.

“kamu ni anak jamaludin kan..? siapa nama?” tanya si tua. Tangannya dihulur. Segera salamnya bersambut. “err, ha’ah..nama saya haikal”. “owh..haikal. da besar. Dulu pak cik selalu tengok ayah kamu bawa kamu pegi sekolah..”sambung situa. Haikal hanya tersenyum. Ingat lagi dia, sewaktu umur mencecah 7 tahun, dia merungut tidak mahu ke sekolah. Ayahnya lah beria-ia mengejutkannya awal pagi..dan hantar ke sekolah. “dengan ilmu lah haikal boleh berjaya. Abah dan mak tak selamanya dapat jaga haikal. Haikal kena pandai jaga diri. Ingat dan lakukan perintah ALLAH, sayang pada semua orang..ye”. itulah pesan abahnya yang tersemat rapi dalam ingatannya hingga kini. “terima kasih abah. Haikal bangga ada seorang ayah macam abah”. hatinya bermonolog sendiri.

Kembali ditatap wajah tua itu. “pak cik..tunggu siapa? Anak pak cik ke..?”.mata tua itu menatap wajah bersih si muda. “pak cik tunggu anak pak cik, kejap lagi dia balik la. Dia kerja, kumpul duit.. nak hantar pak cik dan mak cik pergi haji tahun depan..”. “em, betul ke pakcik ni..” desis haikal. “mak senah, jiran haikal cakap, anak pak cik dah tak ingat pak cik lagi, penat je pak cik tunggu sini tiap2 hari”. Lancang mulut si muda menuturkan kata-kata.

Si tua itu diam. Mula menyusun ayat. “pak cik ayah dia. Pak cik yakin dia akan balik..takpelah pak cik tunggu sini sorang-sorang. Haikal takbalik rumah? Tunggu siapa di sini?”. Mata tua itu redup memandangnya. ”saya tunggu kakak saya. Tadi dia beli tiket nak balik kolej”

Ditatap wajah si muda sedalam-dalamnya. “nak..sementara umur kamu masih muda, raihlah seberapa banyak ilmu.dunia dan akhirat.. Jangan lupa kewajipan kamu pada ALLAH dan keluarga. Pada semua orang di sekeliling kamu. Isilah masa muda kamu sekarang dengan sebaiknya..jangan lupa pada keluarga bila kamu senang”. kata-kata itu seolah-olah ingin disampaikan pada anaknya.

- senyap-

“Pak cik sayang anak pak cik..biarlah apa orang nak kata, pak cik yakin dia akan balik” sambung si tua lagi

Terkedu si muda.“err, terima kasih pak cik. Saya akan ingat pesanan pak cik. Saya pun doakan anak pak cik akan balik dan jumpa pak cik semula”. Sejurus, anak muda itu bersalaman dan merangkul si tua. Manik-manik jernih menuruni matanya. “anakku..” . rintihnya. Sekilas, wajah anaknya menerpa ruang fikiran

p/s: biarpun siapa bapa kita, baik atau jahatnya dia, dia tetap bapa kita. Seorang bapa sanggup menunggu anaknya yang sibuk mengejar bahagia masa depannya, sedangkan masa umur si bapa pula semakin pendek..entahkan sempat, entahkan tidak berjumpa anaknya semula..pengorbanan bapa tak mungkin kita terbalas.

“salam aidiladha buat semua…Sama2 kita mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dalam menuruti perintah ALLAH s.w.t. Nabi Ismail a.slangsung bersetuju bilamana ayahandanya menyatakan perintah ALLAH dalam mimpi baginda untuk menyembelih anakanda tersayang.Semoga kita pun begitu. Patuh padaibu bapa dalam memenuhi ketaatan padaALLAH s.w.t.”

“dan tetaplah memberi peringatan. Sesungguhnya peringatan itu amat bermanfaat pada orang mukmin” (az-Zaariyat:55)